Lelaki yang cuba melarikan diri daripada polis dengan memecut laju kereta dipandunya ditahan di Jalan Persiaran Pinggiran Putra Seri Kembangan, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, suspek berusia 41 tahun itu enggan berhenti untuk pemeriksaan seperti diarahkan polis yang melaksanakan tugas ronda jenayah bersama tiga anggota lain.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, anggota berkenaan terserempak sebuah kereta Honda City dalam keadaan mencurigakan.
“Pengadu menghampiri suspek dan memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa polis namun secara tiba-tiba suspek melarikan diri dengan memecut keretanya menuju ke Puchong melalui Lebuhraya Damansara Puchong.
“Selepas diekori, suspek lelaki berkenaan berjaya ditahan dan pemeriksaan pada suspek menemui sepeket plastik lutsinar disyaki syabu. Semakan rekod mendapati suspek memiliki 18 rekod lampau pelbagai kesalahan jenayah.
“Kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Anbalagan berkata, pihaknya mengesan video berdurasi satu minit memaparkan kejadian itu tular di media sosial namun menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan komen yang boleh menganggu proses siasatan.
Terdahulu video memaparkan kejadian sebuah kereta memecut laju selepas mengabaikan arahan berhenti daripada pihak polis tular di media sosial.
Baca juga :
Leave a Reply