Seorang profesor Universiti Malaya (UM) yang didakwa berkongsi gambar bogel dirinya dengan pelajar dan melakukan gangguan seksual sudah ditahan kerja.
Universiti itu berkata, tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melakukan salah laku tanpa mengira jawatan atau status.
“Pensyarah dikaitkan dengan isu penghantaran mesej jelik seksual telah diambil tindakan tahan kerja bawah Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
“UM akan terus memastikan persekitaran kampusnya selamat dan kondusif termasuklah dengan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan salah laku tanpa mengira jawatan atau status,” katanya dalam kenyataan.
Pada 18 Dis lalu UM berkata pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan itu.
UM mengesahkan menerima laporan mengenai dakwaan itu tetapi tidak dapat mengulas kerana kes dirujuk kepada pihak berkuasa untuk siasatan.
Gambar bogel yang didakwa dikongsi profesor itu dikatakan dipaparkan di sekitar kampus UM untuk memberi amaran kepada pelajar, tetapi segera diturunkan.
Terdahulu, sebuah kumpulan pelajar UM menggesa mangsa yang mendakwa diganggu agar membuat laporan polis supaya siasatan dapat dimulakan.
Secara berasingan, Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM) menggesa pihak universiti segera menjalankan siasatan dalaman yang teliti dan telus berhubung dakwaan itu.
Baca juga :
Leave a Reply