34 barangan milik Che Ta bernilai RM902,012.46 termasuk kereta berjenama Haval bakal dilelong

Acara lelongan awam barangan milik pelakon sensasi Rozita Che Wan akan diadakan di kediamannnya di Kota Damansara pada 24 Disember (esok).

Lelongan yang dijadualkan pada pukul 10.30 pagi itu membabitkan sebanyak 34 barangan dengan jumlah RM902,012.46 termasuk sebuah kereta berjenama Haval.

Selain kenderaan, terdapat beberapa barangan elektronik milik Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, seperti peti ais, pendingin hawa, ketuhar, gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, vakum dan televisyen.

Bahkan, terdapat juga perabot serta beberapa peralatan lain yang bakal dilelong kepada orang awam.

Dokumen perincian jualan itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, manakala lelongan dijalankan Auctrade Auctions Solution.

Pada 10 Disember lalu, kediaman usahawan terbabit dilaporkan diserbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada 2017, namun didakwa tidak pernah membayar pembiayaan berkenaan.

Selepas itu, bahagian undang-undang Mara dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, yang gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017.

Dikatakan, pinjaman MARA berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn. Bhd. dengan Rozita dan anak lelakinya itu sebagai penjamin. -KOSMO! ONLINE

Berikut senarai barang-barang yang bakal dilelong dari kediaman Che Ta:

1. Set meja makan (2 buah) dan kerusi (8 buah)
2. Cermin (21 unit)
3. Bingkai gambar hiasan (1 buah)
4. Kerusi single seater (56 buah)
5. Meja sisi (25 buah)
6. Lampu meja (23 buah)
7. Sofa 4 seater (4 buah)
8. Island table (2 buah)
9. Peti ais 4 pintu (1 buah)
10. Peti ais 2 pintu (1 buah)
11. Pendingin hawa (4 buah)
12. Peti sejuk beku (1 buah)
13. Ketuhar (1 buah)
14. Gelombang mirko (1 buah)
15. Katil dan tilam single (1 buah)
16. Laci (2 buah)
17. Mesin basuh (1 buah)
18. Mesin pengering (1 buah)
19. Lampu hiasan gantung (15 buah)
20. Katil dan tilam queen (5 buah)
21. Sofa 2 seater (3 buah)
22. Set golf (1 buah)
23. Air cooler (1 buah)
24. Sofa 3 seater (10 buah)
25. Vakum (2 buah)
26. Bangku (4 buah)
27. Kerusi urut (1 buah)
28. Televisyen (1 buah)
29. Peti ais mini (1 buah)
30. Seterika steam (2 buah)
31. Treadmill (1 buah)
32. Lampu berdiri (1 buah)
33. Barang dalam premis yang boleh dpindah alih dengan kebenaran mahkamah (1 lot)
34. Sebuah kereta Haval

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*