Kami suka ke Thailand orangnya ramah, muka manis, RM100 dapat hotel tiga bintang

Thailand terus menjadi pilihan rakyat negara ini untuk bercuti termasuk musim perayaan dan cuti persekolahan bermula Jumaat lepas.

Tinjauan akhbar ini di sempadan negara di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin, dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra, Padang Terap dan ICQS Bukit Kayu Hitam di sini mendapati berlaku kesesakan ketika ramai mula menghala ke negara gajah putih itu sejak awal pagi.

Kami suka ke Thailand orangnya ramah, muka manis, RM100 dapat hotel tiga bintang
KESESAKAN yang berlaku ketika orang ramai mula menuju ke Thailand untuk bercuti.

Selain ratusan kenderaan persendirian, kesesakan turut melibatkan kenderaan awam termasuk bas ekspres dan van pelancongan.

Menurut salah seorang pelancong, Aziz Ali Amran, 35, mereka sekeluarga memilih Hatyai untuk bercuti sempena cuti persekolahan kali ini kerana ia lebih berpatutan.

“Bajet tidak berapa banyak jadi kami empat beranak pilih ke Hatyai sahaja untuk tiga hari dua malam. Belanja tidak banyak sangat hotel pun kalau RM100 sudah boleh dapat tiga empat bintang. Makan murah pula. Saya sediakan kurang dari RM1,000 saja untuk semua perbelanjaan tetapi selalunya tidak habis pun.

Seorang lagi pelancong, Tan Mei Lai, 40, mereka tiga beranak memilih untuk beriadah di Hatyai selama empat hari sempena musim perayaan ini.

“Bukan tidak mahu bercuti dalam negara tetapi Thailand lebih murah dan menarik. Orang-orang sana pun layan dengan lemah lembut, muka manis-manis semua. Keramahan mereka itu patut orang kita contoh,” kata pelancong dari Pulau Pinang ini

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*