Wanita sedih, hanya tak dapat bagi RM7K untuk pajak emas, mak ungkit macam-macam

Tidak dinafikan, sebagai anak adalah menjadi tanggungjawab bagi kita untuk berbakti kepada ibu bapa yang sudah tidak mampu bekerja

Tambahan pula jika kita masih belum mempunyai komitmen penting seperti orang yang sudah berkahwin dan ada anak. Kalau hanya kita satu-satunya anak dalam keluarga, ibu ayah pastinya mengharapkan kita menyara mereka.

Namun begitu, tular pula kisah mengenai seorang wanita yang meluahkan rasa sedih kerana kata-kata ibunya sendiri.

Menerusi perkongsian ciapan di laman X, wanita berkenaan memberitahu bahawa dia tidak pernah terlepas untuk memberikan duit belanja sebanyak RM3,000 kepada ibunya.

Namun, hanya kerana dia tidak dapat memberi RM7,000 kepada ibunya untuk pajak emas, si ibu menarik muka sehingga menangis dan mengungkit macam-macam.

Serba salah lepas terima panggilan dari abang dan diberitahu mak menangis sebab tak dapat duit

Menurut wanita itu lagi, dia tidak pernah terlepas untuk memberikan duit bulanan sebanyak RM3,000 kepada maknya.

Namun, hanya disebabkan dia ingin menggunakan duit simpanannya untuk melancong, maknya mengungkit macam-macam sehingga membuatkan dia serba salah dan menangis.

Lihat ciapan di bawah:

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*