“Jambatan JL Fara Houseboat runtuh. Ya Allah, mungkin kejadian JL Fara Houseboat hanyut baru-baru ni (sebab) Allah tak nak ia hancur akibat runtuhan jambatan ni.”
Itu kata-kata pemilik restoran terapung terkenal di negeri Kelantan, JL Fara Houseboat bernilai kira-kira RM1.2 juta yang hanyut di Sungai Kelantan, susulan hujan lebat dan arus deras sehingga menyebabkan banjir melanda Pantai Timur, November lalu.
Wanita yang dikenali sebagai Fara itu memaklumkan, jambatan berhampiran restorannya itu runtuh pada pukul 12.50 tengah hari semlam.
Fara menyifatkan, kejadian yang menimpanya sebelum itu ada hikmah disebaliknya.
“Allah maha mesar, mengetahui segala galanya. Takdir Allah itu datang dengan cara yang tak mampu kita fahami, tapi bila kita renungkan, semuanya penuh hikmah.
“Bayangkan, kalau rakit itu masih di situ, mungkin ia akan hancur akibat runtuhan. Subhanallah, walaupun diuji dengan kehilangan, Allah mungkin melindungi kita daripada musibah yang lebih besar,” katanya di TikTok.
Terdahulu media melaporkan, Tebing Sungai Kelantan sepanjang kira-kira 70 meter di belakang kondominium Pelangi Mall berdekatan kafe JL Fara di Jalan Pasar Lama, di sini, runtuh hari ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 1 tengah hari selepas disedari oleh pekerja kafe berkenaan yang mendengar bunyi pokok tumbang.
Pihaknya turut memasang pita garisan kuning bagi melarang orang ramai memasuki kawasan terlibat.
Baca juga :
- Disyaki cubit pipi bayi 11 bulan hingga lebam, pengasuh taska ditahan
- {VIDEO} Pekerja ‘meraung’ lihat rakan maut dihempap serombong besi lebih 1 tan
- {VIDEO} ‘Abang sado’ nyaris hilang nyawa, leher dihempap barbell
Leave a Reply