Sebuah kereta Mercedes Benz 450 musnah dalam kebakaran di Kilometer 18 Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai (SPE) sebelum Plaza Tol Wangsa Maju, di sini, tengah hari semalam.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pukul 1.38 tengah hari.
Katanya, seramai tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju dikerahkan ke tempat kejadian.
Menurut Komander Operasi, PBK II Nor Saiful Ibrahim, kebakaran terbabit telah mengakibatkan kereta itu musnah sepenuhnya.
Baca juga :
- Jenazah lelaki seberat 420 kg diusung lebih 20 orang selamat dikebumikan
- Suami pertaruh nyawa, berenang lebih 5 jam demi selamatkan isteri di tengah laut
- {VIDEO} Bayi lelaki ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
“Kebakaran berlaku dibahagian enjin terbakar 100 peratus. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam insiden ini,” katanya.
Menurut beliau, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.15 petang manakala punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik.
Leave a Reply