Isteri terkejut suami belum berkhatan selepas bernikah

Seorang wanita baru-baru ini meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui suaminya belum berkhatan apabila baru saja bernikah.

Kisah ini dikongsi semula di platform X dan telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Aku baru tahu tapi wujud ke lelaki belum sunat dekat luar sana? Suami aku pun belum sunat, sumpah tak tahu nak cakap apa.

Buntu cara nak beritahu suami

Wanita itu menjelaskan bahawa dia dan suaminya adalah beragama Islam. Namun, dia keliru bagaimana seorang Muslim boleh mengabaikan kewajiban berkhatan, lebih-lebih lagi menurut Mazhab Imam Syafie.

Tambahnya lagi, dia buntu untuk mencari cara yang sesuai bagi memberitahu suaminya tentang kepentingan berkhatan sebelum mereka menjalani hubungan suami isteri.

Macam mana aku nak beritahu benda ni, nak suruh pergi sunat dulu sebelum bersama.

Pandangan netizen mengenai isu ini

Perkongsian ini telah menarik perhatian ramai, dengan warganet memberikan pelbagai nasihat dan berkongsi pengalaman mereka.

Bawa suami pergi klinik, sunat laser je murah.

Memang wujud orang macam tu, salah mak pak dia. Ada sorang perempuan aku kenal, anak dia dah darjah 5 tapi tak sunat lagi.

Saya pun pernah ada pesakit, dah tua umur 50-an tak sunat. Tak sunat sebab takut, bukan sebab sakit.

Berkhatan ini bukan sahaja wajib bagi umat Islam, tetapi juga penting dari sudut kesihatan. Prosedur ini membantu mencegah pelbagai penyakit serta memastikan kebersihan terjaga.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*