Selepas tular insiden seorang peniaga teh ais, Pak Sun, dihina di majlis ilmu, semakin ramai peniaga teh ais lain mencuba nasib.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Lordsky di TikTok, kelihatan sejumlah besar peniaga teh ais hadir ke sebuah majlis ilmu, membawa jualan masing-masing.
Situasi itu menyebabkan keadaan sedikit sesak, dengan kebanyakan peniaga meletakkan barangan jualan di atas kepala, meniru gaya yang dilakukan oleh Pak Sun.
Netizen mendakwa peniaga-peniaga teh ais ini berharap agar mereka dihina bagi mendapatkan sumbangan seperti Pak Sun.
“Jalan hidup setiap orang berbeza-beza. Pelik dan kelakar bila ramai orang yang tiba-tiba jadi peniaga teh ais, berharap dihina untuk meraih rezeki yang sama,” kata Jejaka01.
Baca juga :
- Bayi ‘dibekukan’ : Hospital Bersalin Razif dedah kisah sebenar
- {VIDEO} ‘Dari mana motosikal datang, tiba-tiba sudah terbaring… Pengguna keliru, berulang kali tonton video cari jawapan
- Memalukan, Jalur Gemilang dipasang terbalik pada baju Lee Zii Jia – “Tak buat pemeriksaan kualiti ke?
“Tidak perlu dihina pencari rezeki. Kita semua mohon reda Allah. Semoga dimurahkan rezeki mereka semua,” ujar Rili.
Semoga dipermudahkan urusan semua pencari rezeki. Tetapi jangan ada lagi orang seperti Gus itu, cukuplah cuma satu,” tulis seorang pengguna bernama Zack.
Leave a Reply