Mengadu dirogol sampai koyak alat sulit punca anak teruk dipukul

Terdapat satu kejadian dimana seorang wanita berusia 17 tahun dipukul selepas mendedahkan kepada teman wanita bapanya yang dia pernah jadi mangsa rogol lelaki itu.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian itu berlaku pada 13 November tahun lepas dimana bapanya yang hanya berseluar dalam masuk ke bilik mangsa sebelum merogolnya dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad menerusi keterangan yang diperoleh.

Mangsa juga dikatakan sudah jerit meminta tolong tapi mulutnya telah ditekup dengan tangan bapanya dan diugut untuk merahsiakan kejadian itu.

Bagaimanapun pada Selasa lalu (23 Januari) jam lebih kurang 10.45 malam telah berlaku pergaduhan antara mangsa dengan suspek.

Suspek yang dalam keadaan mabuk telah bertindak memukul mangsa menggunakan tangan serta beberapa alatan seperti kerusi plastik, bakul kain plastik dan meja seterika.

Untuk info, ibu bapa mangsa telah bercerai dan dia tinggal bersama neneknya. Tapi pada tahun 2022, dia telah tinggal bersama suspek yang duduk sekali bersama teman wanitanya.

Suspek juga telah ditahan polis dan hasil siasatan mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa. Kes disiasat di bawah Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman untuk kelakuan sumbang mahram akan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun, dan juga akan dihukum dengan sebatan.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*