Tular di media sosial sejak semalam mengenai bayi syurga bernama Muhammad Adham Mikail yang dikebumikan selepas 16 hari.
Sepanjang tempoh itu, jenazah bayi ini dilaporkan disimpan di dalam peti mayat hospital kerana bapa tidak mampu melunaskan bil.
Netizen tertanya-tanya mengapa ibu yang mahu bersalin dihantar ke hospital swasta jika tidak berkemampuan?
Bapa kongsi situasi di pihaknya
Saya kerja shif malam waktu 23/11/2024 tu. Dalam perjalanan balik pagi 24/11/2024 kawan saya bagi tahu yang wife saya dah dihantar ke hospital tersebut sebab kawan saya panik jadi dia hantarlah ke situ terus. Saya touch down je di rumah kawan saya terus bawak ke situ. Waktu saya sampai isteri saya sedang diperiksa dan katanya bukaan sudah 5cm.
Menurut si bapa, mengikut perancangan memang dia mahu memindahkan isterinya ke hospital Klang dan pihak hospital ada menyarankan perkara itu.
Namun, semasa pemeriksaan dia dimaklumkan bayi sudah mahu dilahirkan. Dakwanya, dia yang menghadapi masalah kewangan juga dibenarkan membuat bayaran selepas isteri selamat bersalin.
Menurut si bapa, mengikut perancangan memang dia mahu memindahkan isterinya ke hospital Klang dan pihak hospital ada menyarankan perkara itu.
Namun, semasa pemeriksaan dia dimaklumkan bayi sudah mahu dilahirkan. Dakwanya, dia yang menghadapi masalah kewangan juga dibenarkan membuat bayaran selepas isteri selamat bersalin.
Dua minggu bapa usaha cari duit, dakwa anak dihina
Isterinya kemudian dibawa ke wad untuk menukar pakaian dan ke bilik bersalin. Dakwa si bapa, isterinya berada di labour room tidak lama, hanya 30 minit dan doktor keluar memaklumkan kepadanya bahawa anak ada komplikasi yang memerlukan doktor pakar dan kos perubatan yang tinggi.
Doktor terus tanya duit ada tak and saya cakap belum ada lagi. Dia pun cakap dia nak bincang dengan bos dia dulu. Saya ke wad jumpa isteri saya tanya macam mana. Dalam 5 minit macam tu doktor tadi datang and cakap nadi baby dah start merendah apa semua and baby kritikal masa tu.
Dia pun cakap kita biar lah baby tu pergi dengan tenang. Dia tanya saya nak tengok anak tak and saya terus pergi. Saya tengok anak saya dan azan kan. Sepanjang saya azankan anak saya dia aktif sangat. Lepas saya azan kan saya keluar dan pergi ke wad. Tak sampai 10 minit doktor tadi tu datang balik and bagi tahu baby dah tak ada.
Selepas anak disahkan meninggal dunia, bapa bertanyakan bil dan kos keseluruhan adalah lebih RM3,000. Namun, selepas ditolak deposit dan bayaran nurseri yang tidak digunakan bil berjumlah RM2,480.
Bila saya tanya nak bayar untuk keluarkan baby dulu katanya tak boleh sebab kena bayar full baru dua dua boleh keluar. Sepanjang 2 minggu setiap hari saya usaha cari duit telefon kenalan and ahli keluarga tapi tak ramai yang dapat tolong. Pada hari ketiga wife saya ditahan doktor yang merupakan owner datang jumpa isteri saya dan menghina anak saya dengan kata-kata, KAU DAH LAHIRKAN ANAK CACAT, KAU TAK RETI NAK URUSKAN JENAZAH ANAK KAU KE? Sepanjang dia hospital luka jahitan pun tak diperiksa. BP kadang datang check kadang tak. Ada sehari tu tak check langsung.
Sepanjang tempoh isteri dan bayi ditahan, bapa setiap hari berusaha mencari wang termasuk meminta sumbangan di tempat kerja.
Baki bil dibayar seorang pesakit di hospital
Tetapi sumbangan yang diterima tidak banyak dan berbaki RM1,800 lagi. Katanya, ketika itu jenazah bayi masih tidak dibenarkan untuk keluar.
Pada hari Isnin jam 11 pagi, seorang individu yang merupakan pesakit di hospital berkenaan membantu melangsaikan baki bil.
Bapa terus menghubungi majikan di tempat kerja minta bayaran gaji untuk pengurusan pengebumian. Tetapi, majikan diminta tunggu sehingga jam 3 petang.
Bapa kemudian menghubungi Unit Pengurusan Khas Jenazah, Mr Wan Cai Official dan semunya sudah selesai.
Perkongsian asal di Facebook Mr Wan Cai Official:
Untuk bersikap adil, sama-sama kita tunggu penjelasan daripada pihak hospital pula mengenai isu ini.
Baca juga :
Leave a Reply