Che Ta kekal tenang, ligat jual baju terpakai di TikTok, tak hirau provokasi.
Ketika ‘panas’ dengan kontroversi kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya diserbu pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) atas dakwaan gagal menjelaskan hutang hampir RM1 juta semalam, pelakon Rozita Che Wan, ligat berniaga menerusi platform TikTok.
Siaran langsung bermula jam 9 malam tadi itu dan berlarutan sehingga tengah malam dengan mendapat 20,000 tontonan dan lebih 200,000 tanda suka.
Rozita, 51, atau lebih mesra disapa Che Ta dilihat rancak menjual pakaian terpakai miliknya dan keluarga.
Menerusi sesi langsung, ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu sudah lama menjalankan kegiatan menjual pakaian terpakai miliknya dalam talian.
Rozita berkata, perniagaan itu sudah dilakukan sejak 2016, tetapi menerusi platform lain.
Sementara itu, kemunculan Rozia secara langsung di TikTok dinanti-nanti peminat dan netizen apabila mereka menggunakan peluang itu untuk mengasak persoalan mengenai hutang.
Bagaimanapun, Rozita dilihat tidak mengendahkan soalan-soalan berbaur provokasi.
Semalam, rumah pelakon drama Kiah Pekasam itu diserbu MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan kegagalannya melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Rozita didakwa membuat pinjaman sejak 2017, namun didakwa tidak pernah membayar pinjaman sejak tujuh tahun lalu.
Ketika serbuan dilakukan hanya ibu kepada Rozita berada di rumah dan sehingga hari ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkannya.
Sementara itu, pengurus Rozita, Afeeq Abd Wahab berkata, pihaknya akan memberikan penjelasan berkaitan isu berkenaan dalam masa terdekat.
Baca juga :
Leave a Reply