Gagal bayar pinjaman Mara hampir RM1 juta, kediaman Che Ta diserbu

Kediaman milik aktres terkenal Rozita Che Wan, 51, di Kota Damansara dilapor diserbu pagi semalam.

Serbuan dipercayai dilakukan pihak Majlis Amanah Raya (Mara) selepas beliau didakwa gagal menjelaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Menurut sumber, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan pihak Mara menilai barangan di dalam kediaman aktres itu bagi tujuan penyitaan.

Difahamkan, ketika kejadian, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta dan suaminya Zain Saidin tiada di rumah. Hanya kelibat ibunya sahaja yang dilihat di pintu rumah mewah dua tingkat itu.

Turut dilaporkan, anak sulung Che Ta, Ammar Effendi dilihat memasuki rumah tersebut selepas sejam pihak Mara membuat penilaian.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*