Kakak bawa adik ke sekolah selepas ibu bapa bercerai undang pelbagai reaksi

JAKARTA – Perbuatan seorang pelajar di Indonesia yang terpaksa membawa adiknya ke sekolah selepas ibu bapa mereka bercerai mengundang perhatian orang ramai, lapor portal berita Tribunnews.

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @farihannaa menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki sedang menikmati snek di sebelah kakaknya.

Ketika berada dalam kelas, dia hanya mendiamkan diri agar tidak menganggu murid lain yang sedang belajar.

Murid itu terpaksa berbuat sedemikian kerana tiada orang yang boleh menjaga adiknya di rumah.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Seorang kakak yang hebat,” komen seorang netizen.

“Bangga dengan pihak sekolah kerana membenarkan murid itu membawa adiknya,” komen netizen lain.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*