PM Anwar bertekad hentikan amalan bina kekayaan melalui kuasa politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad untuk menghentikan amalan mana-mana pihak yang membina kekayaan dengan menggunakan kuasa politik di negara ini.

Tegas Anwar, beliau akan membuktikan segala usaha dan mandatnya dalam memerangi kepincangan individu-individu berkuasa termasuk dalam kalangan pegawai kerajaan terbabit.

“Insya-Allah..dalam beberapa tahun.. Allah izinkan saya tentukan supaya dasar negara kita ini menghentikan orang politik atau pegawai ataupun orang-orang besar yang asal dengan kuasa dia boleh bina kekayaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang di sini semalam.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan, seseorang yang menguruskan negara perlu bersih dan telus serta menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mempertahankan prinsip membela rakyat berbanding mempertahankan golongan maha kaya.

“Maka sebab itu, bila ada sesuatu kes itu kita kena siasat, berani tegur, bukannya mempertahankan orang yang mengambil rasuah,” katanya.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*