Rasuah RM250j: Pengarah syarikat, penjawat awam ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat bergelar Datuk dan seorang penjawat awam kerana disyaki terlibat rasuah projek-projek pembinaan di Sarawak bernilai kira-kira RM250 juta.

Menurut sumber SPRM, kedua-dua lelaki terbabit berusia antara 40-an dan 50-an dan mereka direman lima hari bermula kelmarin hingga 9 Dis ini selepas permohonan reman dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuching pada hari sama.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai berpakat dan berkomplot bagi membolehkan beberapa syarikat mendapat projek pembinaan yang dikeluarkan pejabat Jabatan Kerja Raya sebuah daerah di Sarawak.

“Mereka dipercayai melakukan perbuatan itu antara 2022 hingga 2024 sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan yang bernilai kira-kira RM250 juta.

“Susulan itu, kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 5.30 pagi Khamis ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sarawak.

“Mereka turut disahkan positif mengambil dadah jenis metamfetamina,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Azam juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*