Seorang remaja lelaki maut manakala dua rakannya cedera selepas kereta yang mereka naiki melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Dua Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Muhammad Adam Mifdal Mohd. Affendy,18, yang juga penumpang di tempat duduk belakang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Idrus Zakaria berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.44 pagi.
Menurutnya, Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa yang juga penuntut kolej bersama dua rakannya yang masing-masing berusia 18 dan 22 tahun.
“Kedua-dua rakan mangsa yang turut mengalami kecederaan dikeluarkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.
“Mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk belakang kemudiannya dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Baca juga :
Leave a Reply