Berang bekas isteri kahwin lain, lelaki guna jentolak roboh rumah

JAKARTA – Seorang lelaki di Ponorogo, wilayah Jawa Timur nekad merobohkan rumah dibina hasil daripada wang titik peluh sendiri selepas bekas isterinya berkahwin lain dan tinggal di kediaman itu, lapor laman berita Detik.

Menurut ketua masyarakat tempatan, Bambang Sucipto, rumah itu pada awalnya milik lelaki tersebut dan bekas isterinya.

“Rumah itu dibina di atas tanah milik isterinya, namun menggunakan wang gaji suaminya yang bekerja di luar negara.

“Namun suatu hari, si suami pulang ke rumah dan isterinya meminta cerai,” kata Bambang.

Tambah Bambang, lelaki tersebut mendapat tahu kecurangan bekas isterinya.

Ujarnya, wanita itu kemudian berkahwin lain dan tinggal di rumah tersebut dengan suami baharu.

Ia membuatkan bekas suaminya berang dan nekad merobohkan rumah itu.

Video kerja-kerja perobohan rumah itu menjadi tular di media sosial yang memaparkan sebuah jentolak merobohkan dan meranapkan kediaman tersebut.

Namun, tidak dinyatakan tindakan yang diambil wanita berkenaan selepas rumah itu dirobohkan. – AGENSI

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*