Berniaga tak untung, isteri kerap jadi tempat lepas geram… Adik tak tahan tengok kakak didera

MELIHAT individu yang menjadi mangsa penderaan pastinya meruntun hati sesiapa sahaja terutama jika ia membabitkan ahli keluarga sendiri.

Melalui situasi yang sama, seorang wanita meluahkan kesedihan di media sosial kerana tidak dapat membantu kakaknya yang didera secara emosi oleh abang ipar.

Berharap penderitaan kakaknya berakhir, wanita ini turut berdoa supaya ikatan perkahwinan kakaknya itu berakhir dengan penceraian.

“Jahat ke kalau aku doakan kakak aku dan suami dia bercerai?

“Bukan sebab aku suka kat suami dia atau nak sondol tapi sebab lelaki tu baran dan boleh dikategorikan sakit mental juga.

“Hari-hari aku saksikan kakak aku kena marah dengan suami dia, kena maki walaupun depan anak-anak,” luahnya sayu.

Menurut wanita ini, dia tinggal bersama keluarga kakaknya selepas kedua-dua ibu dan ayahnya meninggal dunia.

Tambahan pula mereka hanya dua beradik.

“Kakak aku suri rumah dan suami dia berniaga. Kalau berniaga tak ada hasil, dia akan balik terus mengamuk marah-marah kakak aku.

“Kakak aku pun kadang-kadang pergi je tolong dia tapi dia maki bodoh, tak ada otak pada kakak aku.

“Sebagai adik yang kena dengar semua tu, apa anda semua rasa?

“Dahlah kereta, yuran tadika anak, bil utiliti semua dia abaikan dan rumah yang kami diami tu peninggalan arwah ibu ayah,” tambahnya lagi.

Lebih menyedihkan apabila dia terpaksa melihat kakaknya merayu meminta pertolongan daripadanya untuk membayarkan yuran persekolahan anak-anak.

Luahannya itu mendapat perhatian ramai dengan kebanyakan pelayar memintanya mengumpul bukti bagi memudahkan urusan penceraian dilakukan.

“Kalau dah semua kakak dengan awak yang bayar, boleh halau dia keluar. Buatlah laporan polis, biar dia merempat dan lebih baik anda duduk dua beradik bersama anak-anak.

“Kumpulkan bukti sebab mahkamah syariah atau pejabat agama biasanya suka memihak pada lelaki. Kalau ada naik tangan, pergi klinik untuk catatkan rekod pukul berapa, cedera kat mana.

“Kalau saya kat tempat awak pun saya buat perkara yang sama, sampai memaki kakak tak tentu pasal kemudian tak jaga maruah kakak, saya pun sakit hati,” demikian reaksi warga maya.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*