Tindakan seorang lelaki mendirikan solat di dalam banjir di hadapan sebuah rumah menerima kecaman orang ramai.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman X, memaparkan kawasan tersebut dinaiki air sehingga mencecah paras lutut.
Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian tidak dapat dikenal pasti.
Dalam video berdurasi 26 saat itu, lelaki berkenaan tetap melaksanakan solat meskipun terpaksa melakukan sujud di dalam air.
Menunjuk kelakuan bangang demi content
Org cmni yg buat islam di pandang rendah dan di perlekeh.. 😌 pic.twitter.com/MdBQChfIYK
— Abang aji🪵 (@apanakdikato) November 24, 2024
Sehubungan itu, rata-rata ramai tidak bersetuju dengan tindakan individu terbabit yang disifatkan memperlekehkan agama Islam.
“Menunjuk kelakuan kurang bijak demi ‘content’ (kandungan). Orang macam ini yang buat Islam dipandang rendah,” kata Abang Aji.
“Semua perkara nak dibuat lawak. Apabila orang menghina agama atau bangsa anda, anda melenting tidak ingat punca.
“Punca adalah tindak tanduk sendiri yang mempermainkan agama dan bangsa sendiri, sehingga orang tidak menghormati,” ujar Yebintaib.
“Islam itu memudahkan. Rukhsah solat dan berwuduk pada keadaan tertentu itu anugerah Allah,” jelas Abdullah.
Baca juga :
Leave a Reply