Baru-baru ini, tular di platform media sosial luahan hati seorang gadis yang telah menarik perhatian susulan sikap guru adiknya yang tidak mempunyai rasa belas kasihan.
Guru tak ada rasa ihsan dengan pelajar
Difahamkan, adik gadis terbabit tidak dapat hadir ke sekolah mengambil ujian peperiksaan kerana kini bapa mereka sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Biarpun si adik sudah menghantar surat penjelasan tidak hadir ke peperiksaan bertarikh pada 12 November lalu di sekolah menengah (SMK) di Cheras, Guru Penolong Kanan (PK Hem) di sekolah itu seolah-olah pertikaikan punca pelajar itu tidak duduki peperiksaan sedangkan ayahnya masih hidup.
Adakah ayah dah ‘pergi’ ke belum? Kalau belum, kenapa tak boleh datang exam?
Masalah dah selesai, guru mohon maaf kepada keluarga
Susulan itu, kakak kepada pelajar berkenaan akui mereka sekeluarga berasa terkilan dengan jawapan yang diberikan oleh guru terbabit kerana ia seumpama penghinaan.
Sedar video luahan rasa kesal yang dimuat naik di platform media sosial itu tular, gadis tersebut perjelaskan niatnya bukan mahu meminta simpati tetapi cuma mahu guru berkenaan tampil memohon maaf kepada keluarganya.
Baca juga :
Leave a Reply