Seorang penyanyi dikir barat moden popular dan lima lagi rakyat Malaysia yang ditahan kerana dikatakan memiliki 6,000 biji pil di pekan Sungai Golok pada 1 November lalu, dijangka didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat awal tahun depan.
Sumber berkata, penyanyi berusia 29 tahun berasal dari Kelantan itu juga berkemungkinan dibebaskan dengan ikat jamin selepas kesnya dibicarakan di mahkamah.
Katanya, sebahagian daripada lima suspek juga dijangka dibebaskan dengan ikat jamin termasuk dua wanita.
“Mengikut undang-undang Thailand, enam rakyat Malaysia itu kekal di Penjara Wilayah Narathiwat sehingga perintah penahanan lanjut mencecah 84 hari dari hari mereka ditangkap.
“Mereka akan didakwa atas kesalahan ujian air kencing positif dadah dan beberapa orang akan didakwa kerana mengedar dadah.
“Sebilangan kecil termasuk penyanyi itu dijangka dibebaskan selepas membayar ikat jamin,” katanya.
Sumber itu berkata. kesimpulan itu berdasarkan siasatan awal yang dijalankan oleh polis Thailand.
“Ini berdasarkan siasatan awal polis dan ada masa mencukupi untuk polis Thailand menjalankan siasatan kerana perintah penahanan lanjut belum tamat.
“Juster, mungkin ada lebih banyak penemuan dalam kes itu,” katanya.
Media semalam melaporkan siasatan kes berkenaan hampir selesai.
Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jedsadavit Ingprapan dilaporkan berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan cap jari dan ujian kandungan dadah dalam badan sebelum menghantar laporan penuh kepada pihak pendakwa raya.
Baca juga :
Leave a Reply