Sepasang suami isteri maut selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol di Pasir Gudang, Johor, semalam.
Ketua Polis Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak, berkata kemalangan pada 4 pagi Sabtu di simpang empat berlampu isyarat Jalan Besar/Jalan Mesjid itu membabitkan Honda Vario dinaiki mangsa dan Perodua Alza.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku semasa kereta dari arah Jalan Besar menghala Lebuhraya Pasir Gudang melanggar lampu isyarat merah di simpang empat.
“Pada masa sama, motosikal pasangan terbabit meneruskan perjalanan menghala ke bandar Pasir Gudang sebelum berlaku pelanggaran.
“Akibat pelanggaran itu, lelaki tempatan berusia 37 tahun dan pembonceng iaitu wanita berusia 35 tahun cedera parah serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menurut Harian Metro,
Beliau berkata, pemandu kereta berusia 34 tahun itu ditahan kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi paras ditetapkan.
“Ujian air kencing juga dilakukan, namun pemandu terbabit bebas daripada sebarang dadah,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu di bawah pengaruh minuman memabukkan dan menyebabkan kematian.
Baca juga :
Leave a Reply