Seorang wanita di Nanchang, China terkejut apabila bakal melahirkan bayi kembar sembilan selepas menjalani rawatan kesuburan, lapor saluran berita Must Share News semalam.
Wanita dikenali sebagai Hou itu nekad menjalani rawatan kesuburan yang disyorkan doktor selepas sukar hamil sejak setahun berkahwin.
Bagaimanapun, impian Hou untuk menjadi seorang ibu tercapai sebulan selepas dia menjalani prosedur tersebut.
“Saya sangat gembira apabila diberitahu oleh doktor bahawa saya hamil bayi kembar tiga,” katanya.
Baca juga :
- {VIDEO} Lagi kemalangan kontena terbalik… Kedengaran suara meminta tolong dalam kereta Honda Civic
- “Anak panjang akal… Ibu terkejut mesin basuh jadi ‘mesin’ pengisar bawang
- Bayi lahir 11.11 jam 11 pagi tular, pasangan berhajat beri nama bermula huruf ‘N”
Hou bagaimanapun terkejut apabila kandungannya mengandungi sembilan orang bayi selepas membuat pemeriksaan kali ke-3 pada 12 November lalu.
Suami Hou berkata: “Kehamilan ini membuatkan saya bimbang sama ada badan Hou dapat menampung sembilan bayi atau tidak.”
“Kami sedang menunggu cadangan daripada doktor tentang cara terbaik untuk meneruskan kehamilan ini,” tambah suaminya. – AGENSI
Leave a Reply