Kecoh! Isteri ikut suami masuk sekali interviu kerja

Kecoh! Isteri ikut suami masuk sekali interviu kerja. Suami mahu menghadiri temu duga kerja, namun dalam masa sama si isteri pula menyibuk hendak masuk sekali sewaktu sesi interviu berlangsung.

Bagaimanapun, wanita itu kemudian dihalang oleh seorang kakitangan syarikat yang menegur si isteri bahawa tindakan tersebut tidak sesuai.

Kisah itu diceritakan seorang wanita pada akaun Thread sue_su_je berhubung kejadian berkenaan yang berlaku sewaktu dia bekerja di sebuah syarikat berkait perdagangan kejuruteraan.

“Aku kena buat interviu satu kerja baharu untuk syarikat. Ramai datang interviu untuk jawatan tersebut. Yang tak sedapnya, ada satu calon dia bawa isteri.

Baca juga :

“Aku cakap lah tak sepatutnya dia bawa sesiapa yang tak berkenaan. Tapi dia cepat-cepat minta maaf, ‘isteri saya memang macam tu’.

“Aku tengok muka abang tu kasihan pun ada, nak marah pun ada. Isteri dia jeling-jeling kat aku tengok apa aku cakap dengan laki dia,” katanya pada hantaran tersebut.

Pemilik akaun Thread itu berkata, si isteri mahu masuk bersama-sama suaminya sewaktu sesi interviu, namun dia berjaya menghalangnya.

“Saya berhentikan dia, saya cakap tak sesuai untuk dia masuk. Yang mohon kerja si suami, bukan isteri. Dah tentu dia tak ‘happy’, dia duduk di luar.

“Tolonglah beri ruang kepada pasangan anda. Dia pergi interviu nak cari kerja, bukan nak kahwin kak oi,” ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*