{VIDEO} “Saya tak kenal dia…” Lelaki tercengang ditendang ketika kutip kotak di pam minyak

Beberapa hari lalu, tular sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pam minyak.

Seorang lelaki menaiki motosikal tergamak menampar serta menendang pengutip kotak yang sedang melakukan kerja-kerja mencari kotak di situ.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata kini pihaknya sedang memburu lelaki terbabit.

Demikian selepas mangsa (pengutip kotak) yang berusia 37 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian menimpanya pada Isnin sekitar jam 2.18 pagi.

“Suspek memberitahu bahawa semasa berada di hadapan pam minyak Caltex, Taman Putri, Kulai, dia telah didatangi suspek tidak dikenali menaiki motosikal.”

“Suspek telah bertindak menampar muka dan membaling selipar serta cuba menendang dengan kaki untuk halau mangsa.”

Hasil siasatan mendapati, keberadaan mangsa di hadapan pam minyak Caltex adalah kerana ingin mencari kotak.

Selain itu, mangsa juga akui tidak mengenali suspek, malah tidak pernah melihat suspek sebelum ini.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*