{VIDEO} Penyanyi dari Kelantan antara enam rakyat Malaysia hadapi pertuduhan di Mahkamah Narathiwat

ENAM rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat moden Kelantan yang ditahan di sebuah hotel di Thailand pada Jumaat lalu kerana memiliki 6,000 pil kuda, dilaporkan dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Isnin.

Kesemua mereka meninggalkan Balai Polis Sungai Golok kira-kira pukul 10.30 pagi (waktu Thailand) menaiki trak polis.

Memetik laporan Buletin TV3, kira-kira 50 ahli keluarga dan rakan-rakan yang menunggu di balai polis berkenaan sejak pukul 9 pagi.

Kesemua suspek akan dihantar ke mahkamah di Narathiwat yang terletak kira-kira 50 kilometer (km) dari sini.

Selain ahli keluarga dan kawan rapat mereka, orang ramai termasuk peminat penyanyi dari Malaysia dan Thailand turut hadir di balai polis berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kol Pol Jedsadavit Ingprapan berkata, kesemua mereka dihantar ke mahkamah bagi membolehkan polis mendapatkan penahanan lanjut terhadap suspek.

“Mereka akan ditahan di mahkamah sementara siasatan kami berhubung kes itu selesai.

“Mereka disiasat atas dua kesalahan iaitu memiliki pil kuda dan memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah,” katanya.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*