Seorang wanita sebak melihat ibunya khusyuk berdoa sambil menadah tangan di bawah hujan membiarkan dirinya basah.
Menerusi sebuah perkongsian oleh Lynn Hussin di TikTok, wanita warga emas itu dilihat berjalan perlahan-lahan ke arah hujan lebat dan membiarkan dirinya basah sambil menikmati suasana tersebut.
Beberapa saat kemudian, dia mengangkat kedua belah tangan dengan penuh khusyuk, meminta doa kepada Tuhan.
Bahkan, sebelum dia memasuki rumahnya selepas selesai bermandi hujan, dia tetap menadah tangan buat kali kedua.
“Entah apa yang mak doakan dalam hujan yang sangat lebat tapi satu yang pasti, semua yang baik-baik untuk anak-anak dan semua yang mak kenal.
“Semoga doa yang tak bersuara ini sampai pada-Nya, menjadi pelindung dalam setiap langkah, cahaya di setiap kegelapan dan ketenangan di tengah badai,” tulis anaknya dalam hantaran tersebut.
Sementara itu, ramai pengguna media sosial yang turut sama sayu melihat betapa tekun wanita itu berdoa walau di dalam cuaca buruk.
“Terima kasih makcik kerana menunjukkan kepada kami yang kadang-kadang terlupa bahawa hujan itu adalah rahmat dan rezeki Allah yang patut kita syukuri,” komen Saberi.
“Semoga cepat sampai doa-doa ibu dan dimakbulkan Allah. Lagi-lagi dalam hujan. MasyaAllah, untung anak-anak beliau,” tulis Ramano
“Betapa beruntungnya kita yang masih dapat doa dari seorang ibu. MasyaAllah, doa ibu mampu mengerakkan gunung. InshaAllah,” ujar Sue Jaafar.
Baca juga :
Leave a Reply