SEORANG penjual buah di Muar, Johor berputih mata selepas berdepan kerugian sebanyak RM500 dipercayai dipukau oleh pelanggan dari luar negara pada Khamis lalu.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dimuat naik pengguna akaun Facebook Coach Bahar pada Sabtu, penjual yang merupakan kakaknya itu sudah ditipu oleh pelanggan lelaki yang mendakwa dirinya dari Dubai, Arab Saudi.
Menurutnya, pelanggan terbabit pada awalnya meminta tolong untuk mengenal pasti sekeping wang kertas bernilai RM20.
Namun, dia mendakwa, kakaknya bagaikan dipukau dan tanpa sedar sudah menyerahkan wang sejumlah RM500 kepada lelaki tersebut.
Bukan itu sahaja, pengguna itu juga mendakwa bahawa ia merupakan kejadian kali kedua di kedai buah kakaknya.
“Kesian pada kakak saya, dah cukup hati-hati dah. Susah kami tanam buah melon, hasilnya dicuri orang.
“Lepas dia cakap itu terus dia masuk kereta dan jalan. Tak beli pun buah atau kerepek, memang tujuan nak mencuri.
“Sebenarnya pelanggan tak boleh masuk sampai situ (kaunter), tapi dah namanya pukau. Semua macam tak ingat,” tulisnya.
Susulan kejadian itu, dia menasihati orang ramai terutamanya para peniaga untuk lebih berhati-hati dan memastikan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.
Dia turut memohon bantuan orang awam untuk menyokong usaha peniaga dan petani sepertinya dengan membeli produk tempatan yang dijual itu.
“Dah tua dah kakak saya tapi kena pula pukau. Dua hari juga dia macam mamai. Tahu-tahu duit hilang.
“Saya jual sendiri. Kami ada jual melon, cili kering dan kerepek pisang secara dalam talian. Bantulah saya ya,” katanya.
Baca juga :
- Suami ‘cekup’ isteri berbogel dalam bilik dengan kekasih gelap
- Penyanyi wanita tersohor Kelantan ditahan bersama pil kuda?
- Jangan risau okay?, Misha Omar sangkal ditahan polis bersama pil kuda
Leave a Reply