Rafizi ‘tarbiyah’ PAS, ‘Islam tak ajar bermusuhan kerana mata, kulit, darah’

Rafizi ‘tarbiyah’ PAS, ‘Islam tak ajar bermusuhan kerana mata, kulit, darah’. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyatakan rasa bimbang dengan peredaran masa kini apabila melihat kebanyakan ahli politik lebih mudah memainkan api perkauman bagi mendapat sokongan rakyat, lebih-lebih lagi atas nama melindungi Islam.

Padahal, Rafizi yang juga menteri ekonomi berkata Islam tidak pernah mengajar umatnya bermusuh atas saiz mata, warna kulit mahu pun warna darah sekali pun.

Ini susulan dakwaan kenyataan berbaur hasutan yang dibuat pemimpin parti PAS, Razman Zakaria berhubung insiden perarakan mengibarkan bendera negara China di Teluk Intan yang tular di media sosial, baru-baru ini.

“Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membuat ucapan perkauman yang secara halus mengatakan orang Melayu mesti bersatu untuk melawan orang Cina.

Baca juga :

“Yang saya pelik, dia nak kata yang mata sempit itu orang Cina, jadi yang mata bulat macam dia (Razman) adalah Melayu.Saya tenung-tenung gambar dia dengan Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii Lee Wuen. Saya rasa mata mereka sama sempit dan semua bulat.

“Nak kata kulit dia gelap, tak adalah gelap sangat. Kulit dia lebih kurang sama je dengan rakyat Malaysia yang lain, sama ada Melayu atau Cina.

“Darah dia saya confirm warna merah, sama macam darah setiausaha agung DAP, Anthony Loke,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial di X (dahulunya Twitter).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*