PILU hati pekerja di sebuah firma guaman selepas membaca isi kandungan ‘surat cinta’ lama milik anak guam syarikat itu sebelum ia dilupuskan.
Menurut pemilik akaun @n_miyrah, surat yang ditemukan itu ditulis dan dikirim oleh suami kepada anak guam firma tempat dia bekerja, sebelum lelaki itu meninggal dunia.
“Surat cinta ni kami jumpa semasa membuat proses pelupusan fail dari tahun-tahun sebelum.
“Si suami memohon maaf kepada isteri atas kesalahan dia yang tiba-tiba hilang dengan begitu lama tetapi isteri masih setia menunggu,” jelasnya menceritakan kronologi kes.
Bercerita lanjut, Miyrah berkata suami kepada anak guam mereka menghilangkan diri secara tiba-tiba dan pergi ke luar negara.
“Lelaki tu sakit ya. Dia terpaksa ceraikan isteri dengan talak satu. Dia kata dia sudah terbaring dan tidak lagi mampu untuk balik Malaysia.
“Dari surat tu memang nampak si suami betul-betul sayang dengan isteri dia ni. Lepas kami semak, bukti sijil mati suami tu pun sudah ada dalam fail. Sedih, macam drama,” katanya.
Perkongsian wanita ini turut mengundang sebak warga maya yang bersedih dengan kisah dikongsikan.
Kata Miyra, isteri arwah sebelum ini tidak tahu punca sebenar dirinya diceraikan sehinggalah membaca surat ditulis suaminya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Suami dia tiba-tiba hilang. Siap ada laporan polis dalam fail. Dalam surat tak beritahu sakit apa.
Baca juga :
- Dulu rasa nak keluar pun tak selamat… ‘Kalaulah tahu nikmatnya begini, saya pakai tudung awal’
- Aksi kejar-mengejar sejauh 16 kilometer berakhir selepas kereta dipandu lelaki terbabas
- Ustaz hairan geng mat motor iring jenazah warga emas, akhirnya temui jawapan diluar jangkaan
“Cuma beritahu dia sudah terlantar dan menunggu hari mati. Isteri hanya tahu arwah sakit selepas terima surat,” katanya membalas komen netizen.
Hantaran itu dibanjiri pelbagai komen netizen yang turut merasai kesedihan di sebalik kisah dikongsikan.
Malah, ramai dalam kalangan mereka yang ingin mengetahui kandungan penuh surat tersebut.
Bagaimanapun, Miyrah menegaskan bahawa dia tidak boleh mendedahkan isi surat tersebut bagi menghormati anak guamnya.
“Maaf ya, kami tak boleh tunjuk isi surat itu memandangkan menghormati anak guam kami dan Allahyarham defendan.
“Intinya sangat sedih. Ayat-ayat yang digunakan adalah bahasa lama (bahasa baku). Si suami terpaksa lepaskan isteri dengan talak satu sebab dia sakit dan tak dapat balik Malaysia lagi,” ujarnya membalas salah satu komen netizen.
Leave a Reply