{VIDEO} Rider buat live di kawasan kemalangan maut dikecam, tak hormati keluarga mangsa

TINDAKAN seorang penunggang motosikal yang tular di media sosial mendapat kecaman daripada orang ramai.

Menerusi video yang berdurasi tiga minit tersebut, lelaki berkenaan dipercayai membuat siaran langsung (live) menggunakan aplikasi TikTok di kawasan kemalangan tersebut tanpa kebenaran daripada keluarga mangsa.

“Buat live di kawasan kemalangan maut, telefon pintar polis ambil dan disekolahkan oleh polis, harap jadi pengajaran, hormati keluarga arwah,” katanya.

Tindakannya itu jelas tidak menghormati keluarga mangsa kemalangan maut berkenaan.

Pada masa sama, salah seorang polis yang bertugas di kawasan kemalangan berkenaan menghentikan tindakan lelaki tersebut.

Difahamkan, polis tersebut merampas telefon pintar dan sempat memberi nasihat kepada lelaki tersebut untuk tidak melakukan tindakan yang tidak wajar.

Turut baca :

Tidak tahu pasangan tukar jantin, sudah kahwin 2 tahun baru terbongkar

Pelajar Malaysia bunuh bayi letak dalam kotak bijirin di UK dihukum penjara seumur hidup

‘Kuasa’ media sosial, nasib Cikgu Din di Sarawak akhirnya dapat perhatian KPM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*