Tidak tahu pasangan tukar jantin, sudah kahwin 2 tahun baru terbongkar

Gambar sekadar hiasan

Baru-baru ini, seorang peguam syarie, Puan Hazwani Zainal berkongsi mengenai kisah seorang wanita yang bertanya tentang masalahnya yang baru mengetahui suaminya merupanya seorang wanita.

Wanita itu memberitahu dia dan pasangannya sudah berkahwin selama dua tahun dan perkara itu terbongkar apabila dia sedang mengemas barang lama suaminya dia rumah pusaka neneknya.

Ketika dia mengemas, dia menemui rekod perubatan yang membuktikan si suami pernah menjalani pembedahan menukar jantina suatu ketika dahulu.

Dalam kad pengenalan memang tulis dia lelaki. Fizikal dia pun memang macam lelaki sebab tu masa nak daftar nikah, pejabat agama boleh luluskan.

Wanita itu turut berkata dia sempat ‘scan’ semua dokumen yang membuktikan suaminya merupakan seorang wanita.

Peguam itu memberi nasihat agar si isteri rujuk dengan mahkamah syariah bagi memfaraqkan pernikahan yang sudah jelas tidak sah di sisi syarak.

Mahkamah juga boleh memerintahkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memperbetul maklumat jantina suaminya agar tiada orang lain yang menerima nasib yang sama.

Perkongsian ini telah dikongsikan menerusi akaun TikToknya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*