Lapangan terbang di New Zealand menghadkan ‘berpelukan’ di Zon Drop-Off hanya 3 minit

Sebuah lapangan terbang di New Zealand telah menghadkan pelukan di zon turunnya kepada maksimum tiga minit

Difahamkan, mereka menyediakan bahagian tempat letak kereta lain bagi sesiapa yang ingin mengucapkan selamat tinggal yang lebih lama.

Menurut sumber, Lapangan Terbang Antarabangsa Dunedin, di Pulau Selatan New Zealand, mengumumkan perubahan peraturan itu bulan lalu sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih meluas untuk meningkatkan keselamatan dan memastikan trafik mengalir di zon itu.

Lapangan terbang di New Zealand menghadkan 'berpelukan' di Zon Drop-Off hanya 3 minit

Papan tanda juga telah diletakkan untuk memaklumkan orang ramai mengenai peraturan baru tersebut dengan “Masa pelukan maksimum tiga minit”.

Sebelum ini, papan tanda hanya mengingatkan pemandu bahawa kereta yang dibiarkan tanpa pengawasan akan berisiko disita dan dikenakan bayaran NZ$70.

Ketua Pegawai Eksekutif lapangan terbang itu, Daniel De Bono, memberitahu Radio New Zealand (RNZ) lapangan terbang adalah “tempat beremosi” dan memetik kajian yang mencadangkan pelukan 20 saat cukup lama untuk melepaskan oksitosin, “hormon cinta.”

Beliau berkata pergerakan penumpang yang pantas membolehkan lebih ramai orang mendapat lebih banyak pelukan.

Malah, papan tanda itu juga menjelaskan kepada sesiapa yang ingin “perpisahan yang baik” harus pergi ke tempat letak kereta, di mana ianya percuma untuk 15 minit pertama.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*