{VIDEO} Penunggang motosikal buat aksi ‘wheelie’ undang padah

Tular di aplikasi X baru-baru ini memaparkan video penunggang motosikal Honda EX5 yang melakukan aksi ‘wheelie’ sambil membonceng seorang wanita di Terengganu.

Memetik dari Buletin TV3, Dalam kejadian itu, penunggang dan pemboncengnya telah jatuh selepas membuat aksi itu dan telah melanggar bahagian depan sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang berada di laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa yang juga merupakan pemandu Perodua Myvi itu.

Bagaimanapun, penunggang dan pembonceng motosikal itu bertindak melarikan diri selepas kejadian itu.

Kes sedang disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis sedang giat mengesan penunggang dan pembonceng motosikal yang terbabit.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*