Polis siasat individu menyamar Ayob Khan di WhatsApp

Polis mengesan individu yang menggunakan nama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menarik perhatian orang ramai menyertai kumpulan WhatsApp, Friendship Group.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu dikhuatiri boleh mengelirukan masyarakat dan memburukkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“PDRM ingin menegaskan bahawa Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay tidak pernah mengendalikan sebarang kumpulan khas WhatsApp.

“Perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta berpotensi memburukkan imej pasukan PDRM,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan serta menjalankan siasatan terhadap pemilik nombor berkenaan berdasarkan lunas undang-undang terhadap individu yang cuba menggunakan nama pimpinan tertinggi PDRM mahupun orang lain sekiranya terkesan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan aktiviti penipuan atas talian sekali gus sentiasa berwaspada,” ujarnya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*