{VIDEO} Cikgu sebak murid pakai kasut sekolah sumbat kertas ‘terseret-seret’

SEORANG murid yang dilihat memakai kasut sekolah berjalan dalam keadaan terseret-seret di sebuah dewan sekolah rendah, sekali gus meraih perhatian para guru di sekolah berkenaan sehinggakan sanggup membelikan sepasang kasut baharu.

Difahamkan lokasi sekolah berkenaan adalah terletak di Kedah berdasarkan penelitian video yang dimuat naik itu.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai Cikgu_farrah itu pada Ahad berjaya meraih 411.5k tontonan sejak Ahad.

Video berdurasi 00.51 saat itu memaparkan Cikgu Farrah prihatin terhadap situasi muridnya yang memakai kasut sekolah dan berjalan dalam keadaan tidak selesa.

“Minggu lepas ada kawan bagitahu suruh tengok kasut murid ni sebab dia jalan seret-seret kasut.

“Aku pun memang tak cakap banyak terus ukur kaki dan pergi beli kasut baharu untuk dia..

“Sedihnya bila masa nak ukur size kaki nampak kertas dalam kasut.. dia sumbat kertas-kertas sebab kasut tu besar..,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan perasaan sebak dan ada di antara mereka mendakwa menangis apabila melihat video berkenaan.

Ada yang memberi komen dengan menzahirkan terima kasih insan yang berhati mulia kerana membantu murid itu.

“Biarlah kehidupan mu dalam serba kekurangan sekarang wahai adik..uncle percaya adik seorang anak yang hebat dan kuat dalam menempuh susah senang bersama ayah ibu..,” komen Rahim.

Komen Fifiey Shop Empire pula, katanya sekiranya merasakan diri kita susah sebenarnya ada orang yang lagi susah daripada kita tetapi mereka pandai sorokkan mungkin kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa.

“Ramai yang saya tengok cikgu-cikgu memang berkorban habis untuk anak-anak murid. Saya tak faham betul orang dok kondem. Mudahan ALLAH berikan ganjaran yang besar untuk para guru…Aamiin,” komen syaz.

“Menjawablah kat akhirat nanti, duit zakat yang kami bayar sedekah untuk fakir yang kami bagi kalau tak sampai pada yang betul-betul fakir macam ni. Kejam dunia… sabar lahh adik, ALLAH maha kaya…minta pada Dia,” komen Pqsbeauty.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*