{VIDEO} Penunggang parah di kepala, polis buru pemandu langgar lari

Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang melanggar lari seorang penunggang motosikal di KM3.0 Sistem Lingkaran–Lebuhraya Kajang (SILK) arah Balakong.

Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof, berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, pemandu kereta berkenaan memandu di lorong paling kanan di belakang motosikal sebelum memotong, menghimpit, dan melanggar motosikal di hadapannya menyebabkan motosikal itu terbabas.

“Akibat daripada kemalangan ini, seorang lelaki berusia 45 tahun cedera parah di kepala dan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

Turut baca :

Kes telah disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan, katanya dalam kenyataan.

Naazron menyeru dan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat Ammar Mohd Tahir melalui talian 018-2586153 untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 42 saat dipercayai rakaman kamera papan pemuka milik kenderaan lain memaparkan kejadian terbabit.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*