Lima mangsa perahu lumba hilang selepas karam ditemukan

Lima mangsa perahu lumba yang hilang selepas karam Jumaat lalu ditemukan lemas hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, mangsa terbabit ditemukan terapung di muara Sungai Sarawak.

Katanya, dua mayat ditemukan anggota JBPM berdekatan Baraj Sungai Sarawak pada 6.16 pagi.

Menurutnya, mangsa ketiga juga ditemukan anggota JBPM di muara Sungai Sarawak pada 6.40 pagi.

Mangsa keempat ditemukan terapung oleh anggota Sarawak Coastguard pada 7.07 pagi, manakala mangsa terakhir dikesan menerusi dron polis pada 7.09 pagi, katanya menurut Harian Metro.

Mangsa terbabit adalah Mohammad Ikhmal Sama’ail, 34; Majurie Maharuf, 32; Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26; Mohamad Khairul Bidin, 26 dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi, 23.

Lima mangsa perahu lumba hilang selepas karam ditemukan
Mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.

Mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.

Mereka adalah kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) Jabatan Premier Sarawak.

Dalam kejadian 3.40 petang Jumaat lalu, mangsa bersama 11 lagi rakan sepasukan menjalani latihan perlumbaan perahu sebagai persediaan untuk menyertai Regata Sarawak pada 1 hingga 3 Nov ini.

Perahu panjang dinaiki mereka karam selepas dibadai gelombang yang terhasil oleh kapal nelayan dari arah bertentangan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*