Memang versatil! Selepas meledak watak kaki pukul, lelaki lembut, suami ‘terbuang’, ramai tidak sabar tonton kehebatan Zamarul Hisham

MEMANG versatil. Selepas meledak dengan watak kaki pukul, lelaki lembut dan suami ‘terbuang’, Zamarul Hisham kembali dengan sebuah lagi naskhah yang membuatkan ramai tidak sabar mahu menonton kehebatan lakonannya.

Keterujaan tersebut diluahkan peminat selepas aktor itu memuat naik video penggambaran drama terbaharu lakonannya itu yang berjudul Langit Ketujuh.

Menariknya, watak kali ini berbeza dengan yang pernah dilakonkannya. Difahamkan, Zamarul memegang karakter sebagai pemimpin ajaran sesat.

Lebih membuatkan ramai teruja, beberapa nama besar lain turut bergandingan dengan Zamarul iaitu Nora Danish, Chacha Maembong dan Farahdhiya.

Difahamkan, naskhah rahan Heykal Hanifah tersebut bakal bersiaran menerusi TV3 dan TonTon tidak lama lagi.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*