‘Pemimpin GISBH rakus tak sabar nak ratah tubuh… Anak Abuya dakwa jadi mangsa dera, rogol

Anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu, Ummu Atiyah, tampil mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan serta “dirogol” oleh seorang pemimpin GISB Holding Sdn Bhd (GISBH).

Pada sidang media di ibu negara hari ini, anak Ashaari atau lebih dikenali sebagai Abuya iaitu, Ummu Atiyah, 41 mendakwa dia menjad mangsa rogol kepada seorang pemimpin GISBH yang ingin menikahinya secara paksa.

'Pemimpin GISBH rakus tak sabar nak ratah tubuh... Anak Abuya dakwa jadi mangsa dera, rogol
Lima mangsa GISBH bersama barisan peguam mengadakan sidang media di Kuala Lumpur.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia dilarikan pemimpin berkenaan ke Turki.

“Saya sangat menolak saya memang tak nak (kahwin dengannya), sebab (dia) seorang yang tua, boroi, memang saya geli, saya jijik (dengannya),” katanya.

Ummu Atiyah mendakwa ketika dilarikan ke Turki, dia didera kerana enggan memenuhi kehendak pemimpin GISBH itu untuk bersama sehinggalah suatu hari dia dirogol lelaki berkenaan.

Jelasnya, pemimpin GISBH itu ingin menjadikannya sebagai isteri keempat secara paksa dengan mendakwa arahan supaya mengahwininya datang daripada arwah bapanya dan Rasul.

Ummu Atiyah mendakwa kejadian itu berlaku di Jordan apabila pemimpin itu menghantar mesej Whatsapp kepadanya untuk mengajak dia berkahwin sehingga memaksa dia melarikan diri ke rumah kawannya.

Menurut anak Abuya itu, pemimpin berkenaan dan pengikutnya kemudian datang untuk mencarinya dan meminta dia menyerah diri.

Dia juga diminta bersalam dengan pemimpin terbabit bagi tujuan bernikah.

“Salam itu dikira nikah,” kata Ummu yang menceritakan dia pernah berkahwin dan dipaksa untuk berpisah dengan anaknya.

Selepas berkahwin dengan pemimpin GISBH itu, Ummu berkata mereka berpindah ke Turki.

Dipaksa buka baju

Katanya, di Turki, dia pernah dicucuh dengan pemetik api dan direndam di dalam kolam.

Ketika itu adik lelakinya yang merupakan pengikut pemimpin itu meminta dia menanggalkan baju untuk ditunjukkan kepada individu berkenaan.

“Kerana saya takut kalau mati sebab direndam lebih sejam, air dah banyak saya telan, sakit dada saya ni, saya terpaksa kata ya,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*