{VIDEO} Kedai buka macam biasa, tapi ramai kata tutup… Peniaga kuih dakwa kena Sihir – “Hari-hari tak habis”

Percaya atau tidak, zaman sekarang masih ramai yang mengamalkan ilmu hitam demi kepentingan sendiri

Malah, ada juga yang menggunakannya dek kerana dengki terhadap seseorang dan sebagainya. sebagai umat Islam, kita tahu ia adalah perkara syirik dan dilarang sama sekali. Perbuatan ini boleh memakan diri dan merosakkan hidup orang lain.

Terbaru, seorang peniaga gerai mendakwa dia telah disihir oleh seseorang selepas dia mendapati ada yang memberitahu gerainya ‘ghaib’.

Kedai buka macam biasa, tapi ramai kata tutup

Menerusi perkongsian video di TikTok, kelihatan peniaga gerai bertanyakan sedang kepada saeorang pelanggan yang sering membeli kuih di gerainya.

Pelanggan itu memberitahu dia menyangka kedai tersebut sudah lama ditutup dan tiada orang berniaga.

Malah, dia memberitahu setiap kali melalui kawasan tersebut, gerai berkenaan kelihatan kosong dan tidak dibuka meskipun terdapat sepanduk di hadapan gerai.

Dengan nada kecewa, peniaga itu memberitahu dia bukanlah orang pertama berkata begitu, tetapi sudah ramai yang memberikan jawapan yang sama.

“Kami dah tiga bulan orang sihir kami sehingga pelanggan tak nampak gerai kami,” kata pemilik kedai dengan suara penuh kesal.

“Mereka semua ingat kedai ni dah tutup, padahal saya masih berniaga seperti biasa,” katanya.

Difahamkan, peniaga gerai telah mendapatkan rawatan dan kini keadaan dilihat semakin pulih.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*