{VIDEO} Guru bukan Islam mengajar jawi buat netizen kagum

Seorang guru bukan Islam dari Sabah tular di media sosial selepas videonya mengajar tulisan Jawi mencuri perhatian warganet.

Tuan empunya badan iaitu Loren Fren merupakan seorang guru Kristian namun pandai menulis tulisan Jawi dengan kemas.

Mendapat lebih 1 juta tontonan di Facebook, video itu memaparkan Loren mengajar menulisperibahasa Melayu “Bagai aur dengan tebing” dalam tulisan Jawi dengan kemas di papan putih.

Ramai yang terpukau dengan video tersebut dan kagum dengan Loren selain turut memuji tulisan tangannya yang cantik.

Saya jarang-jarang mengajar tulisan Jawi, jadi saya buat video untuk kenang-kenangan. Habis topik Jawi tahun ini, sambung tahun depan pula…

Turut baca :

Video berkenaan turut meraih perhatian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, yang berterima kasih kepada dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau mengucapkan tahniah kepada guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bawang K9, Beluran, Sabah itu kerana telah menunjukkan erti hormat dan cinta kepada budaya Malaysia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*