Rasuah perlombongan pasir : SPRM geledah 6 lagi ‘safe house’ terkait ahli politik

Enam lagi ‘safe house’ diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mempunyai kaitan dengan ahli politik berkait kes rasuah konsesi perlombongan pasir.

Premis berkenaan melibatkan sebuah unit kediaman dan lima pejabat di sekitar Kuala Lumpur.

“Jumlah keseluruhan premis diserbu dan digeledah oleh SPRM adalah sembilan lokasi di ibu negara dan setakat ini, belum masih tahu lagi sama ada terdapat sebarang rampasan wang atau dokumen.

Ini kerana tindakan masih diambil oleh SPRM, menurut Utusan Malaysia memetik sumber.

Sumber itu berkata, penggeledahan itu susulan tindakan penggeledahan SPRM sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan ‘safe house’ seorang ahli politik berpengaruh dan menemukan sejunlah mata wang asing bernilai sekitar RM5 juta, pada Sabtu lalu.

Selain itu, tindakan diambil juga adalah rentetan penggeledahan SPRM di dua lagi tempat penyimpanan wang pada keesokannya sebelum menemukan wang tunai termasuk mata wang asing dengan nilai keseluruhan sebanyak RM321,000.

Pada 14 Okt, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, berkata kira-kira 15 saksi dipanggil berkait kes rasuah berkenaan dan empat individu direman, termasuk seorang wanita.

Beliau juga tidak menolak ahli politik terkait itu akan dipanggil pihaknya bagi siasatan lanjut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*