TIGA lelaki dipenjara selepas mereka didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun.
Menurut fakta kes, mangsa dirogol pada September tahun lalu selepas dia bertemu dengan tiga lelaki itu dalam sebuah tren di London.
Ketika itu, mangsa yang mengembara sendirian diajak untuk pulang ke rumah salah seorang tertuduh.
Tiga lelaki itu kemudiannya bertindak merogol mangsa sambil membuat rakaman video perbuatan keji mereka.
Tiga lelaki itu ditangkap pada Oktober 2023 sebelum mereka dijatuhi hukuman pada Jumaat lalu.
Tertuduh pertama, Paul Maxwell, 24, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua lagi rakannya, Kayon Bhola, 29, dan Jeremiah Jackson, 24, pula dipenjara selama 11 tahun.
Mahkamah Southwark turut memerintahkan agar tiga lelaki itu diletakkan di bawah Perintah Pencegahan Kemudaratan Seksual selama 15 tahun. – Agensi.
Turut baca :
Leave a Reply