Malaysia berdepan dengan sitaan dan rampasan aset di luar negara jika kerajaan tidak segera bertindak menangani isu tuntutan waris Kesultanan Sulu yang dianggarkan bernilai AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).
Peguam, Norman Fernandez berkata, apa yang lebih membimbangkan adalah sitaan dan rampasan itu tidak terhad kepada aset-aset Petronas sahaja, sebaliknya semua aset negara termasuk kapal terbang milik Malaysia Airlines yang mendarat di luar negara.
Menurutnya, tindakan pasukan peguam penuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus yang dianggarkan bernilai AS$2 bilion (RM8.9 bilion) itu hanyalah permulaan dan mereka boleh bertindak lebih jauh sehingga Malaysia memenuhi keputusan Mahkamah Arbitrasi Paris dengan membayar pampasan RM62.59 bilion kepada pihak waris.
Turut baca
Leave a Reply