Azam Baki sahkan SPRM geledah ‘safe house’ ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan ‘safe house’ seorang ahli politik berpengaruh, pada Sabtu malam.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Jelas beliau, wang berjumlah lebih S$1.5 juta atau kira-kira RM5 juta ditemui susulan penggeledahan dilakukan di sebuah pangsapuri di Lembah Klang yang disewa seorang ahli perniagaan.

“Kita sudah tahan dua orang, seorang kita sudah lepas kerana ada sakit kanser dan seorang lagi masih dalam tahanan kita untuk siasatan,” katanya.

Ditanya sama ada SPRM akan memanggil ahli politik tersebut untuk dirakam keterangan, Azam berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pasukan penyiasat.

“Paling penting sekarang ini adalah saisatan masih dijalankan. Jadi ia bergantung kepada keterangan yang ada sekarang ini,” ujar beliau.

Terdahulu, media memetik sumber sebagai berkata wang tersebut telah disita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Susulan rampasan itu, SPRM juga telah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat termasuk yang dipercayai penyiasat digunakan untuk menyalurkan rasuah.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*