{VIDEO} Ribuan ikan bilis mendarat di Pantai Sura, Dungun undang tanda tanya

Ribuan ikan bilis dilaporkan mendarat di Pantai Sura, Dungun, Terengganu semalam.

Melalui satu klip video di laman sosial Tik Tok sejak semalam, pengunjung di pantai tersebut tidak melepaskan peluang untuk mengutip ikan-ikan bilis yang terdampar di pesisir pantai tersebut.

Difahamkan, satu fenomena sama dipercayai turut melanda bahagian Selatan pantai di Jogjakarta, Indonesia baru-baru ini telah mendapat liputan meluas dalam media tempatan negara terbabit.

Menjengah di ruangan komen mendapati orang ramai bimbang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti banjir besar yang pernah berlaku di negeri Terengganu sebelum ini.

Turut baca :

“Kalau di Kelantan tahun 2004 kemudian 2014 banjir besar berlaku, ingat juga ini 2024. Saya fikir jangan seronok sangat, kita minta dengan Allah supaya dijauhkan segala bencana,” ujar Amar.

“Betul jangan tolak rezeki depan mata, tapi berdoa kepada Allah agar hindarkan perkara buruk dari berlaku,” jelas IrfanLC.

“Semoga baik-baik sahaja, ini pun dah masuk bulan Oktober, Pantai Timur biasanya akan berlaku kajadian banjir. Semoga dipermudahkan,” kata Usop87.

@rani1964hamid

#fyppppppppppplllllシツ♡♡♡💖💕 #bilis #pantaisuradungun #tv3 #tv3malaysia

♬ original sound – RANIJOMKURUS – RANIJOMKURUS

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*