Dua daripada tiga pekerja Bangladesh yang parah dalam kebakaran empat gudang di Kawasan Perindustrian SILC di Iskandar Puteri khamis lalu disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Iskandar Puteri, M Kumarasan berkata seorang mangsa meninggal dunia pada 10 malam Jumaat, manakala seorang lagi meninggal dunia 2.15 pagi semalam.
Menurutnya, kedua-dua mangsa dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan terbakar yang teruk.
Seorang lagi yang parah masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah, katanya menurut Harian Metro.
Khamis lalu, tiga daripada gudang itu terbakar 80%, manakala sebuah lagi gudang mengalami kerosakan 10%.
Turut baca :
- {VIDEO} 3 kilang bahan kimia terbakar di Gelang Patah, mangsa melecur terbaring tepi jalan
- {VIDEO} Nahas UiTM Dungun : Suami pemandu mohon maaf, tiada siapa mahu tragedi berlaku
- Kes rasuah lombong pasir : SPRM tahan bekas eksekutif MBI, ahli perniagaan
Leave a Reply