BAPA kepada salah seorang mangsa kemalangan di Dungun, Terengganu melibatkan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak menyangka akan kehilangan anaknya dengan cara sebegitu.
Jamaludin Hussein, 53, dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur mengatakan yang anaknya, Khairil Anwar, 20 merupakan cahaya mata lelaki terakhir dimilikinya dalam keluarga.
Sebelum ini, dia sudah pun kehilangan seorang anak sulung lelaki pada 2017 juga dalam kemalangan jalan raya.
“Saya tidak lagi mempunyai anak-anak lelaki, abangnya meninggal dunia pada 3 Oktober 2017. Saya sekarang cuma ada tiga anak perempuan,” kata Jamaludin.
Kenangan terakhir Jamaludin bersama Khairil Anwar adalah ketika dia menghantar anaknya itu ke UiTM Dungun pada minggu lalu untuk memulakan pengajian semester ketiga.
“Dia mahu belanja ibunya makan, belikan barang kemas dan ambil gambar,” ujar Jamaludin.
Jamaludin juga mengatakan yang sebelum ini, Khairil Anwar ada merakam dirinya memasak nasi goreng untuk keluarganya dan menyiarkannya di laman Instagram miliknya.
Jenazah Khairil Anwar akan dibawa pulang ke Lembah Klang dan akan dikebumikan Tapak Perkuburan Islam Ukay Perdana di Ampang, Selangor.
Khairil Anwar merupakan tiga mangsa terdiri daripada pelajar UiTM Dungun yang dilanggar oleh kereta jenis Honda CRV pada Rabu sekitar 7.35 malam Rabu.
Dua lagi mangsa adalah Muhammad Akmal Md Tukirin dan Ku Adib Aizad Ku Azmi.
Turut baca :
Leave a Reply